01.17.10
Posted in Artikal dan isu semasa at 9:49 am by suhaila
KUALA TERENGGANU: “Mungkin wang ini hadiah terakhir daripada anak untuk kami, Insya-Allah, wang ini akan digunakan sebaik mungkin,’’ kata Ruzila @ Marizan Ishak, 42, ibu kepada seorang remaja, Amirul Azwan Abdillah, 16, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Kesom, Manir di sini, pada Aidilfitri keempat lalu.
Menurutnya, dia bersyukur dengan pemberian wang pampasan RM44,309.26 daripada Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) selepas mencarum dalam Pelan Pendidikan Anak-Anak (Sarjana) untuk anak keduanya itu sejak dua tahun lalu.
Katanya, walaupun wang berkenaan tidak dapat mengembalikan anaknya, namun ia tetap bermakna dan akan digunakan untuk pembelajaran dua lagi anaknya yang masih bersekolah.
‘’Wang selebihnya pula akan digunakan untuk mengadakan tahlil bagi mendoakan kesejahteraan arwah,’’ katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Petiti, Manir, dekat sini, kelmarin.
Harian Metro pada 26 September lalu melaporkan Amirul Hazwan yang menunggang motosikal Yamaha LC bertembung dengan sebuah motosikal LAIN di Kampung Kesom, Manir, dekat sini, jam 4.30 petang.
Mangsa yang cedera teruk di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan hari.
Sementara itu, Pengurus Agensi Kumpulan Etiqa Kuala Terengganu, Rusli Mejah, berkata ibu mangsa yang juga pencarum pelan itu diberikan pampasan berkenaan kerana penama meninggal dunia sebelum layak menerima wang terbabit pada usia ditetapkan.
Menurutnya, sebanyak 70 peratus ibu bapa di negeri ini belum mencarum dengan mana-mana syarikat atau agensi insurans untuk anak mereka.
Katanya, masih ada ibu bapa yang tidak sedar pentingnya mereka menyertai polisi Sarjana Etika Takaful bagi menjamin masa depan anak masing-masing.
“Saya dapati kebanyakan pelajar yang mahu menyambung belajar terpaksa memohon pinjaman bank atau syarikat kredit bagi menampung kos pembelajaran mereka,’’ katanya.
———-
Petikan dari Harian Metro,30/12/09
Permalink
11.18.09
Posted in Aktiviti Semasa, General at 12:12 pm by suhaila
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Hari ini rasanya hari yang paling segar dan sihat sejahtera. Sepanjang saya cuti bersalin pelbagai panggilan kecemasan saya terima untuk diuruskan. Kesemuanya saya serahkan kepada ayah saya. Jutaan terima kasih buat Ayah atas bantuan dan sokongan padu didalam kerjaya takaful ini. Antara berita-berita yang diterima:
1. kes kanser payu dara - Pelanggan tak reti nak guna medical card untuk rawatan terapi.
2. kes kemalangan - juga pertanyaan penggunaan medical card. Anak
Permalink
Posted in Perancangan Kewangan at 12:11 pm by suhaila
Assalamualaikum semua,
Apa khabar?
Pada hari ini, saya telah mendapat informasi baru dari sudut teknikal terdapat budibiacara didalam tuntutan anda jika ditolak kerana tunggakan. Satu berita baik buat peserta-peserta takaful yang telah lama mencarum didalam pelan takaful keluarga ini.
Berhubung kait dengan posting saya yang lepas, jika ada tunggakan melebihi sebulan bagi caruman tahunan atau 15 hari lewat bagi caruman bulanan, sebarang tuntutan akan ditolak. Namun begitu, di pihak syarikat etiqa takaful mempunyai budibicara dan pertimbangan kepada peserta-peserta lama mereka. Tuntutan yang ditolak akan diterima semula jika :
Di dalam polisi telah ditanda kan “pilihan bukan lucut hak” - tertakluk baki dalam Akaun Peserta ( AP /Akaun simpanan) : Perlindungan menggunakan AP jika ia melebihi AKP ( Akaun khas Peseta/ Akaun perlindungan) setahun.
Sebagai contoh: Caruman anda berjumlah RM 130 sebulan bagi pelan TN prima. Anda telah mencarum sejak tahun 2004. Bagi pelan Prima tahun 1 sehingga
Permalink
05.01.09
Posted in Perancangan Kewangan at 9:25 pm by suhaila

Assalamulaikum uncles dan aunties , Mama saya sedang bercuti sebentar sebab berpantang melahirkan saya. Sebelum terlupa , nama saya Mawaddah. Date of birth saya 16.04.2009.Bye semua
Permalink
04.15.09
Posted in Aktiviti Semasa, Pengumuman at 7:41 am by suhaila
Salam semua,
Apa khabar? Lama tidak saya berkongsi sesuatu dengan anda semua. Saya ingin maklumkan kepada semua, bermula hari ini saya akan bercuti selama dua bulan insya Allah. Berkemungkinan besar saya akan bersalin anak sulung kami pada hari khamis ini. Oleh itu, saya memohon kepada semua pelanggan-pelangan saya mahupun sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat sebarang pembayaran, pembaharuan polisi mahupun pertanyaan sila hubungi bapa saya Hj Amirrudin di talian 012-3732379 atau 013-2067692. Kalau boleh maklumkan anda adalah daripada pelanggan mahupun pembaca saya ye.
Sekadar ingin berkongsi, dalam keadaan sarat di akhir-akhir kandungan ini, alhamdulillah rezeki mencurah-curah.Banyakperniagaan baru masuk sampai tak menang tangan saya ke hulu dan ke hilir. Dari asalnya merancang untuk bercuti awal bulan 4 tertangguh2 sehinggalah ke hari ini. Diimbangi pula dengan panggilan meriah daripada pelanggan-pelanggan ( kecemasan dan ditimpa musibah). Saya kuatkan diri untuk selesaikan semua kesulitan pelanggan-pelanggan walaupun diri ini dirasakan tidak larat untuk menyelesaikannya. Ada ketikanya saya dimarahi kerana melewati tarikh sasaran pelanggan. Alhamdulillah semua dipermudahkan bila adik lelaki saya menemani saya kemana sahaja saya pergi. Oleh itu, hari ini saya membuat keputusan untuk bercuti sepenuhnya dan menyerahkan tugasan peranan wakil takaful ini kepada ayah saya.
Kesimpulan yang saya pelajari didalam bidang kerjaya takaful ini adalah peranan dan cabaran didalam industri kerjaya sebagai wakil takaful adalah sangat tinggi dan harapan pelanggan juga tinggi. Mengimbangi keperluan diri dan keperluan pelanggan. Cuba sebaik mungkin dan berterus terang jika tidak mampu untuk diteruskan dan diserahkan kepada pihak ketiga untuk penerusan khidmat pelanggan. Akhir kalam, saya memohon maaf kepada semua pelanggan saya jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan yang telah saya lakukan samada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Doakan saya selamat melahirkan cahaya mata kami yang pertama pada hari khamis ini. Ameen. Terima Kasih.
wasalam.
Suhaila.
Permalink
04.03.09
Posted in Artikal dan isu semasa at 8:45 am by suhaila
Etiqa Takaful Bhd is on track to achieve RM1.4 billion premium target for financial year ending June 30 as the life segment is showing continuous growth, Chief Executive Officer Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin said today.
For the financial year ended June 30 last year, the company recorded a premium of RM1.044 billion, he said.
“We are the takaful company in Malaysia to cross the one billion mark. In fact, we are the biggest takaful company in the world. We are quite positive to realise the target,” he told reporters after handing RM70,000 from Etiqa Takaful to the Fisabilillah Trust Fund.
Mohd Tarmidzi said the life segment contributes about 70 percent to the company’s growth while 30 percent by non-life segment.
Read the rest of this entry »
Permalink
03.23.09
Posted in Perancangan Kewangan at 5:20 pm by suhaila
Salam semua,
Apa khabar? Hari ni saya rasa cukup bertenaga dan gembira. Sebelum ini saya mengumumkan cara untuk membuat covernote takaful kereta sendiri secara online. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman penggunaan road tax juga secara online iaitu melalui MyEG. Awalnya saya merasa begitu tidak yakin dengan perkhidmatan road tax online ini, tetapi selepas di kaji, melihat testimoni pengurusan koperasi dan mencubanya sendiri dan ternyata ia berhasil dengan baik.
Secara amnya, saya dapat membuat sedikit kesimpulan kebaikan dan kekurangan jika kita menggunakan road tax online ni. Kekurangan yang ada telah ditemui cara penyelesaiannya dan boleh di atasi dengan mudah!
Kebaikan Road tax online adalah : 
- Tidak perlu ke bank / pejabat pos untuk pembaharuan road tax.
- Tidak perlu beratur panjang berjam-jam di pejabat pos.
- Tidak perlu keluarkan minyak untuk menguruskan road tax
- Tidak perlu mengambil ‘half day’ kerja untuk menguruskan road tax
- Tidak perlu risau jika geran hilang. Anda tetap boleh dapat road tax dan kereta anda boleh digunakan seperti biasa!
- Tidak perlu risau jika anda susah untuk berkomunikasi dengan pihak bank jika anda berada di “out station” dalam membuat road tax.
- Hanya duduk didepan PC, klik, dan selepas 2 hari anda akan dapat road tax anda.
- Mudah dan cepat. Rebat juga boleh diposkan bersama selepas 4 hari.
Kekurangannya:
Read the rest of this entry »
Permalink
03.16.09
Posted in Pengumuman at 9:19 am by suhaila
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Hari ini saya mempunyai satu berita gembira buat semua pelanggan-pelangan cyber saya juga sesiapa sahaja yang melawat ke weblog saya. Selamat datang juga kepada pembaca-pembaca setia.
Saya ingin mengumumkan, hari ni Suhailaagency.com telah membuka untuk pendaftaran baru mahupun pembaharuan kereta (comprehensive sahaja) kepada sesiapa yang berminat untuk melakukannya sendiri dirumah, dipejabat atau dimana sahaja, dimana sahaja selagi mempunyai akses internet.
Sila ke kanan weblog : Jom Renew insurans kereta disini! (baru!) dan click ke insurans kereta -etiqa takaful. Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk mengira sebutharga tanpa meneruskan ke langkah akhir iaitu pembayaran. Jika Anda telah bersedia untuk memperbaharui insurans kereta anda, sila ikut langkah satu sehingga langkah tujuh.
A) Sistem Online E-motor adalah untuk:
1) Kenderaan Persendirian (Private Passenger Vehicle)
2) Perlindungan Komprehensif
B) Jenis Pembayaran Online yang ditawarkan adalah:
1) Kad Kredit (VISA atau MASTERCARD)
2) Perbankan Internet FPX
3) Maybank2u.com
4) PosPay
C) Tidak perlu mengjantar Dokumen yang diperlukan untuk maklumat Nota Lindung Elektronik sepertimana diperlukan dipejabat pos atau jpj.
1) Salinan Polisi Perlindungan Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
2) Salinan Nota Lindung Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
3) Salinan Pendaftaran Kenderaan (Geran Kenderaan)ATAU
4) Untuk Kenderaan Baru yang belum didaftarkan, salinan butiran kenderaan
D) Tiada limit Waktu Operasi Sistem Online E-motor: ( 24/7)
Waktu operasi adalah tertakluk kepada waktu operasi Sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu 7:30 pagi hingga 4:30 petang sekiranya dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat POS.
Atau anda boleh klik pada gambar dibawah untuk memperbaharui takaful kenderaan anda. Selamat mencuba!

Permalink
02.16.09
Posted in Perancangan Kewangan at 11:52 am by suhaila
Salam Zubair,
Soalan: askm.nk tnye sikit pasal medical card.ape kelebihan & cara penggunaannya.tq
Jawapan : Medical Card - Kelebihannya :
1. Tidak perlu risau tentang kos rawatan kecemasan yang tinggi jika berlaku musibah. ( hanya perlu sediakan wang kecemasan maximum RM 3 ribu untuk sebarang kemungkinan, yang lain akan ditanggung)
2. Mampu memiliki layan perkhimatan perubatan yang exclusive di Hospital Swasta mahupun kerajaan.
3. Ketengangan fikiran ( sediakan payung sebelum hujan)
Cara penggunaan dia:
Sila rujuk http://suhailaagency.com/?p=29 juga http://suhailaagency.com/?p=30
TPA di dalam rujukan di atas adalah IMG pada tahun 2006/07. Tetapi kini etiqa telah memiliki kad medic sendiri dan medijaring adalah TPA kita. no help line : 1 300 88 6334. Kaedah penggunaan adalah sama kecuali medical card didalam rujukan adalah medical card dibawah koperasi Islah Malaysia Berhad dan sistem yang dipraktis adalah kelompok bukan individu.
Medical card etiqa adalah individu, tidak menanggung sakit sediada dan mempunyai 10% co-takaful . ( Hanya ditanggung 90% sahaja )
Had bilk terhad mengikut pelan yang dipilih. Jika anda memilih wad yang berlebihan daripada pelan yang dipilih anda akan dikenakan panelty dengan harus menanggung kos perubatan 28% daripada jumlah keseluruhan bil perubatan. Oleh itu pastikan anda mengikut pelan yang dilindungi. Terima kasih.
Permalink
01.21.09
Posted in Perancangan Kewangan at 6:50 am by suhaila
Salam Farah,
Terima kasih di atas persoalan untuk perkongsian semua pembaca.
Soalan Pembaca : Rider Medical Card-PLAN 4
1) quote “Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan RM80?.
so,klu saya masuk private hosp,kiranya saya xdpt elaun harian ke?
Jawapan: Elaun tambahan akan di terima jika anda menggunakan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan. Manakala elaun harian hospital biasa juga diberikan mengikut skop perlindungan yang diminta bagi hospital swasta dan kerajaan.
2) Rider Medical Card-PLAN 4 ni ada co-takaful 10% x?klu ade,bape min. & max. co-takfl tu?blh kasi contoh x?
Jawapan: Rider medical card etiqa ada co-takaful. ini bermakna syarikat akan menampung perbelanjaan kos perubatan sebanyak 90% daripada bil yang diterima. Tiada bayaran minimum bagi co-takaful dan maximumnya adalah RM 3,000 sahaja.
Contoh1: jika jumlah keseluruhan bil perubatan anda (bermalam di wad) adalah RM 1,000. ini bermakna anda harus menanggung sebanyak 10% iaitu RM 100 sahaja. Tiada had minimum pembayaran.
Contoh 2: Jika kos rawatan anda sebanyak RM 45,000. mengikut polisi 10% adalah co-takaful yang akan ditanggung oleh peserta. Ini bermakna jumlahnya adalah RM 4,500. Maximum pembayaran yang diletakan kepada peserta adalah RM 3,000 sahaja, oleh itu anda hanya perlu membayar hanya RM 3,000.
Senang cerita, jika anda mempunyai medical card etiqa ini, asingkan wang simpanan RM 3,000 ke akaun khas iaitu akaun untuk dana kecemasan_perubatan anda. Anda tidak perlu risau kos kewangan perubatan yang melebihi RM 3000 bagi sebarang sakit yang dilindungi jika berlaku kecemasan.
3) med.kad ni bape limit seumo idup?
Jawapan: Had limit seumur hidup adalah diantara RM 90 ribu ke 300 ribu mengikut pelan yang di pilih.
4) med.kad ni ada surrender value x?ke burn?
Jawapan: Ada surrender value. Tiada istilah burn didalam industri takaful. Semuanya akan dipulangkan bersama mudharabah ( perkongsian untung rugi). Manakala Skop perlindungannya dana di asingkan ke akaun khas peserta (akaun perlindungan). Jika salah seorang ahli takaful ditimpa sakit dana itu akan digunakan. Setelah polisi tamat, akaun simpanan anda dipulangkan bersama untung ditambah dengan pulangan lebihan penggunaan daripada akaun khas perlindungan bagi satu kelompok yang besar bersama untung pelaburan.
5) klu tahun ni(09) saya kena cancer,garenti x saya blh renew med.kad utk tahun depan ?
tq
Jawapan: Sebarang sakit yang wujud selepas anda menyertai pelan takaful adalah dilindungi. Tiada masalah perlindungan sakit yang diterima selepas anda menyertai takaful bagi pembaharuan kad medik. Namun perlu diingatkan, sakit kritikal atau sakit khusus seperti cancer akan berkuatkuasa perlindungannya selepas 3 bulan pertama. Jika kes kemalangan akan ditanggung 24 jam selepas polisi berkuatkuasa.
Harap dapat membantu menjelaskan kemusykilan yang ada. Tima kasih. 
Permalink
« Previous entries