07.18.10
“Pelik la..agent etiqa tp guna medical card takaful ikhlas..”?
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Lama sungguh saya tidak mengemaskini webblog takaful saya ini. Sebenarnya kami telah membuka kedai “One Stop Centre Service” bernama Telco n Post di seksyen 9 Shah Alam sejak awal tahun yang lalu. Kesibukan untuk menguruskan perniagaan berbentuk kedai adalah sangat berbeza dengan menguruskan perniagaan takaful sediada. Memberi latihan kepada staf-staf dan “practical student” juga telah banyak menggunakan masa yang ada. Baru hari ini terpanggil untuk mula menulis semula.
Terasa menarik untuk mengupas persoalan pembaca di atas.
Terima Kasih di atas pertanyaan anda. Tiada apa yang perlu di hairankan jika wakil etiqa menggunakan medical card takaful lain. Buat pengetahuan saudara yang bertanya, Etiqa takaful tidak menyediakan pelan medical card sahaja tetapi wajib digabungkan dengan manfaat asas. Ini bermakna pelan takaful medical card etiqa adalah sesuai untuk mereka yang belum memiliki sebarang polisi takaful atau kepada mereka yang mampu untuk menambah dan memiliki lebih dari satu polisi.
Medical card adalah baru di dalam industri takaful. Oleh itu pilihan yang ada untuk “stand alone medical card” adalah hanya di takaful ikhlas dan MAA takaful. Memikirkan kepentingan dan keperluan diri juga kepada pelanggan sediada saya kepada manfaat kad medik ini saya telah membuat kajian terhadap medical card yang ada di pasaran ketika itu. Saya memilih takaful Ikhlas sebagai Medical card (tiada berbentuk simpanan dan pembayaran berbentuk tahunan). Harganya juga terendah dipasaran dan manfaat nya adalah berpatutan dengan harganya. Perlindungannya juga adalah 100% daripada bil perubatan. (cashless).
Kita sebagai wakil seharusnya memahami keperluan pelanggan dan menyalurkan pelanggan kepada apa yang diminta bukan apa yang kita ada sahaja. Selagimana ia tidak melanggar etika lesen takaful anda maka ia adalah dibenarkan. Seorang wakil dibenarkn memiliki satu lesen takaful keluarga dan 2 lesen takaful am. Oleh itu, saya memilih takaful ikhlas sebagai takaful am kedua saya selepas takaful Etiqa.
Setelah memiliki polisi-polisi daripada dua syarikat takaful ini, sy lebih selesa dan ya kin kepada etiqa takaful dari sudut jaminan pembayaran tuntutan. Saya tidak bercadang untuk memperbaharui takaful medik sediada memandangkan Etiqa Takaful kini telah memberikn pekej perubatan kad medik yang istimewa khas buat wakil-wakil takaful sahaja iaitu melalui saluran persatuan WATAKMAS. Itu sahaja komen sy. Oleh itu saudara yang bertanya selamat datang ke keluarga wakil takaful Etiqa.
Saya akan berkongsi pengalaman penggunaan kad medik takaful ikhlas di hari seterusnya. Terima kasih.
p/s: Semasa saya berkerjasama dengan koperas islah malaysia berhad, saya telah memilih dan mengambil pengalaman pengurusan dan pengendalian takaful kelompok Etiqa, Takaful Malaysia, CIMB Aviva takaful dan Takaful Ikhlas. Selagi ia dibawah industri yang halal apa salahnya!
-selamat menyambut ramadhan mubarak!-

