11.30.06

[Berita industri]

Posted in Artikal dan isu semasa at 7:18 am by suhaila

Takaful Malaysia sangkal penyelewengan

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Syarikat Takaful Malaysia Bhd. (Takaful Malaysia), anak syarikat BIMB Holdings Bhd. menyangkal dakwaan sebelum ini mengenai wujudnya penyelewengan dari sudut kewangannya.

Pengerusi Takaful Malaysia, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, kekeliruan dengan beberapa angka dalam penyata bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2006 itu berpunca daripada kegagalan sistem maklumat syarikat itu yang menyelaraskan perakaunannya.

“Walaupun belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar yang terlibat, namun kami pasti ia adalah sumber pendapatan yang belum direkodkan ke dalam sistem perakaunan,” kata beliau selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di sini, hari ini.

Pemegang saham Takaful Malaysia menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan wujudnya beberapa angka yang mencurigakan dalam penyata kewangan lalu yang menyaksikan syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM44.3 juta.

Mereka mendakwa, berdasarkan penyata kewangan yang ada, kadar keuntungan tersebut sepatutnya lebih tinggi ekoran sejumlah pendapatan yang tidak direkodkan dalam penyata imbangan tahun berkenaan.

Keuntungan kasar yang direkodkan itu bagaimanapun merupakan kenaikan sebanyak 36 peratus berbanding untung sebelum zakat dan cukai sebanyak RM32.6 juta pada tahun kewangan sebelumnya dengan bersandarkan perolehan RM969.1 juta.

Dengan keputusan kewangan tersebut, Lembaga Pengarah mencadangkan dividen pada kadar 8.5 peratus, tertinggi pernah dibayar oleh Takaful Malaysia sejak krisis kewangan 1997.

Turut hadir pada sidang akhbar AGM berkenaan ialah Pengarah Urusan Kumpulan BIMB Holdings Bhd., Datuk Noorazman A. Aziz.

Mengulas lanjut, Dr. Hadenan berkata, pihaknya telah memperuntukkan sejumlah RM40 juta untuk meningkatkan keupayaan sistem teknologi maklumatnya di samping menambah kakitangan bahagian teknologi maklumatnya.

Ditanya mengenai cabaran Takaful Malaysia pada tahun hadapan, beliau berkata, pihaknya mahu mengukuhkan operasi sektor perniagaan dan pengurusannya sebelum memikirkan mengenai penggabungan dengan firma lain.

Pengukuhan operasi tersebut dapat menaikkan nilai Takaful Malaysia selain menjana peningkatan keuntungan dan pendapatan pada tahun kewangan semasa, jelasnya. - UTUSAN MALAYSIA

11.29.06

Berita baik buat pemegang credit card MAYBANK!

Posted in Pengumuman at 1:08 am by suhaila

salams…

Berita baik buat pemegang credit card maybank, Takaful Nasional telah membuka satu kemudahan bentuk pembayaran EASYPAY (0% INTEREST) baru-baru ini. Hangat di pasaran.

Anda berpeluang memiliki perlindungan bagi mana-mana polisi Takaful tanpa pengeluaran wang tunai!

Dengan “credit card” Maybank yang anda miliki, anda layak untuk membayar caruman bulanan ke “credit card” anda tanpa “interest” bagi pembayaran tahunan ke Syarikat Takaful Nasional Sdn Bhd.

Kelebihannya? :

  1. Jaminan perlindungan segera selepas polisi kuatkuasa.
  2. Tidak ragu bagi masalah “lapse” yang menyebabkan perlindungan anda tergantung akibat daripada akaun tertunggak lebih dari sebulan.
  3. Tidak perlu mengeluarkan wang tunai.
  4. Anda boleh membuat keputusan cepat dan tepat.
  5. Menikmati ganjaran “TreatsPoints”.
  6. Anda JIMAT bagi sebarang “bank charges” sebagaimana arahan tetap (standing Instruction) .
  7. 20 Peserta terawal sertai promosi ini akan diberi “suvernior”.

p/s: Sila hubungi saya segera bagi mendapatkan pelan takaful keluarga anda. Buktikan kasih sayang anda kepada keluarga yang berteduh dan bergantung dibawah penjagaan anda!

 

11.24.06

[Tips]: Medical card- Dalam keadaan kecemasan anda dilayan 1st class.

Posted in Perancangan Kewangan, medical card KIMB at 1:55 am by suhaila

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pagi semalam pelanggan saya selamat memasuki wad hospital SMC tanpa sebarang deposit atau tunai. Beliau dirujuk ke hospital dan telah mendapat rawatan pakar secara terus tanpa membuat sebarang pendaftaran ke hospital.

Proses kemasukan makan masa 2 jam dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.

Perhatian! Prosedur menggunakan kad medic yang telah saya terangkan sebelum ini hanya kepada mereka yang mengalami sakit biasa. Tetapi Jika Ia berbentuk Kecemasan seperti kes saya ini tidak perlu menunggu ke bahagian pendaftaran.

Anda perlu terus ke Ruangan Kecemasan dan Rawatan awal akan diberikan secara terus terlebih dahulu daripada Doktor Pakar.

Saya rasa lega dan gembira kerana dapat membantu orang lain ketika didalam kesusahan. :) Semoga beliau cepat sembuh dan minta dijauhkan daripada sebarang penyakit yang merbahaya.wasalam.

p/s: sila lawat ruangan album.

http://suhailaagency.lifelogger.com/albums/8593/slideshow/auto/

11.22.06

[Tips]: Kecemasan..Medical card tak tahu guna?

Posted in Perancangan Kewangan, medical card KIMB at 8:27 pm by suhaila

Salam…Seawal pagi hari ini saya dimaklumkan pelanggan saya sedang sakit demam panas dan dijangka demam denggi. Beliau demam sudah seminggu dan sepatutnya rujuk ke hospital. Biasanya, apa yang saya perhatikan bila kita berada didalam keadaan kecemasan, kita akan terlupa kelebihan-kelebihan yang kita miliki setelah menyertai takaful Medical Card (cashless). Jadi apakah tindakan yang harus anda lakukan jika anda kuatiri bil hospital anda akan ditanggung atau ditolak oleh pihak syarikat insurans melalui IMG (International Medicare Group)?

CARANYA MUDAH:

Pertama:

Boleh dapatkan kepastian, buat panggilan terlebih dahulu daripada (TPA-Third Party Agency) iaitu IMG (International Medicare Group) di talian 24 jam 03-4270 6188. samada sakit anda ditanggung atau sebaliknya.

kedua:

Pastikan ada surat GL daripada Doktor. Sila rujuk dengan Dr di klinik dahulu untuk pengesahan sakit anda yg memerlukan rawatan lanjut.

Ketiga:

Setibanya di hospital, berikan surat tadi bersama kad medic anda kepada pihak hospital. (pihak hospital akan berurusan dengan IMG tadi untuk penjelasan bill hospital anda. tempoh antara sejam ke dua jam.)

Keempat:

Setelah diterima, anda diberi pilihan harga bilik bermalam mengikut pelan yang anda ambil. Contoh: RM 100 semalam layak untuk 4 katil satu bilik. Jika anda menginginkan bilik 2 katil dibenarkan atas persetujuan harga lebihan bagi kos bilik td ditanggung oleh anda. (contohnya RM128 bagi 2 katil-anda hanya perlu bayar hanya RM28 sehari). Buat pilihan bilik mengikut kemampuan atau yang telah diberikan percuma!

kelima:

Anda dibenarkan masuk ke wad dengan selesa dan rawatan yang rapi daripada hospital panel (swasta). Awas! jangan buat seperti hotel. Jika anda mengunakan perkhimatan tambahan seperti telefon dan dan meminta ubat tambahan yang tidak berkait dengan punca penyakit ketika itu tidak akan ditanggung. (Sila rujuk kertas kerja yang saya lampirkan sebelum ini bagi mereka yang telah memiliki pelan ini bersama saya.)

Keenam:

Anda sudah pulih dan dibenarkan pulang. (Check out) Anda hanya perlu membayar sebarang kos tambahan yang anda gunakan. (contohnya:kos bilik tadi) sahaja. Sebaliknya jika anda tidak membuat sebarang penambahan,kos rawatan anda adalah Percuma!

Jangan lupa tuntut “pre-hospital dan post hospital” kepada Takaful Nasional Sdn Bhd melalui saya.Ini bermakna semua kos pemeriksaan sebelum ke wad semasa di klinik boleh dituntut. begitu juga rawatan susulan di hospital yang sama juga dibenarkan.

Kepada pelanggan-pelangan sediada saya, Medical card yang saya tawarkan kepada anda adalah kad medic individu di bawah kumpulan KIMB (Koperasi Islah Malaysia Berhad). Sebab itulah harga kad medic takaful ini adalah yang termurah didalam pasaran. Namum begitu ia hanya dibuka setiap setahun sekali sahaja iaitu pada setiap bulan Mei.

Ia hanyalah “INPATIENT ONLY”. Ini bermakna jika anda sakit pastikan anda masuk wad. Baru ia akan menjadi percuma. Jika anda sekadar mendapatkan “check up” tanpa sebarang lanjutan ke hospital maka tidak akan ditanggung.

Selamat menggunakan kad medic anda. Saya doakan semua pelanggan-pelanggan saya sentiasa sihat! :D

 

11.20.06

“Have a nice day!..”

Posted in General, Tazkirah/kata2 hikmah at 2:17 pm by suhaila

Assalamualaikum.. :) Jumaat lepas saya jalan-jalan “survey market” di salah satu badan kerajaan. Selepas berbual-bual dengan salah seorang pekerja disitu, saya tertarik dengan niat murninya untuk menghadiahkan satu pelan takaful untuk isterinya. Satu contoh yang baik bagi suami2 diluar sana….Kebajikan isteri semestinya diambil berat. Lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja. Rasionalnya? Isteri adalah tulang belakang suami..maknanya orang kedua terpenting didalam keluarga. Cuba kalau isteri masuk hospital seminggu sebabkan demam panas (contohnya), kelam kabut suami uruskan rumah dan anak-anak. Ye dak? :D jadi, saudara semua…selepas isteri anda pulih, anda boleh menuntut peruntukan alaun hospital harian bagi pihak isteri anda. Jika kata sehari RM50, seminggu sudah RM350. Anda jimat kos hospital kerajaan malah ada lebihan untuk isteri anda. hadiahkan lah satu perlindungan diri khusus untuk isteri anda agar kebahagiaan menjadi milik anda selamanya. ;)

11.14.06

Motivation..

Posted in General, Tazkirah/kata2 hikmah at 8:52 am by suhaila

11.13.06

Maybank Fortis:Meneraju Industri Insurans dan Takaful terbaik di Malaysia.

Posted in Artikal dan isu semasa at 8:30 pm by suhaila

Mayban Fortis sasar untung kasar RM500 juta

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Mayban Fortis Holdings Bhd. (Mayban Fortis) mahu menjadi peneraju industri insurans negara menjelang 2009 dengan sasaran keuntungan sebelum cukai RM500 juta dan kutipan premium kasar RM7 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Mayban Fortis, Aminuddin Md. Desa berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan pelaksanaan semua strategi ke arah mencapai matlamat jangka pendek dan sederhana melibatkan semua aspek perniagaan syarikat itu.

“Antara sasaran jangka pendek yang utama ialah menggabungkan kesemua operasi insurans dan takaful kendalian Mayban Fortis, Takaful Nasional Sdn. Bhd. (TN) dan Malaysia National Insurance Bhd. (MNI) sebelum hujung Jun tahun hadapan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai perkembangan terkini penggabungan ketiga-tiga firma insurans itu yang bermula lewat tahun lalu di sini, hari ini.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2006, Mayban Fortis yang memiliki 2,200 kakitangan dan mencatatkan kutipan premium kasar sebanyak RM3.5 bilion pada masa ini mencatatkan gabungan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM278 juta.

Mayban Fortis ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai usaha sama antara Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan Fortis International NV, satu penyedia terbesar perkhidmatan kewangan bersepadu di Eropah.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, bagi mencapai sasaran itu, Mayban Fortis akan memaksimumkan pertumbuhan produk perbankan dan mencapai kecekapan operasi perbankan di samping memperbaiki pengurusan pelaburan dan risiko.

Mengenai aspek penjenamaan Mayban Fortis yang mungkin melibatkan penukaran nama baru bagi firma insurans itu, beliau berkata, pihaknya sedang membuat penilaian terakhir tentang perkara tersebut.

Proses penjenamaan tersebut yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi akan melibatkan kesemua 47 cawangan MNI di seluruh negara dan dianggarkan melibatkan kos yang tidak terlalu besar, katanya.

Ditanya mengenai strategi untuk mengurangkan jumlah kakitangan semasa Mayban Fortis, Aminuddin menambah, syarikat itu tidak berhasrat untuk mengurangkan bilangan pekerjanya ataupun membuat pengambilan baru pada masa akan datang.

“Kajian sumber manusia yang dijalankan mendapati bahawa tenaga kerja yang ada pada masa ini cukup untuk menampung beban kerja dalam tempoh tiga tahun dari sekarang,” jelas beliau lagi.

11.12.06

Kemeriahan “Open house” mingguan budaya kita

Posted in General at 11:52 am by suhaila

Selamat ber”open house” :D.

11.10.06

Renung Sejenak..

Posted in Artikal dan isu semasa at 11:33 am by suhaila

     Mari kita fikirkan sejenak, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hiba si ibu melihat anak menangisi kehilangan si ayah tanpa diduga di bulan mulia ini.

Jika kata semalam anda ditakdirkan sudah tiada, apakah yang akan berlaku kepada keluarga anda hari ini? Cukupkah bekalan wang simpanan yang ditinggalkan hari ini kepada keluarga untuk mereka meneruskan hidup tanpa anda sebagai ketua keluarga?

Syukurlah, hari ini anda masih sihat bersama yang tersayang. Bertindaklah sebelum terlambat. Lindungilah pendapatan anda hari ini.

 

[Metro, 9 Nov]Bagaimanakah pula perasaaan adik kecil ini bila mengetahui ibu dan ayahnya meninggal serentak? Bagaimana masa depannya?

Berbalik semula kepada diri anda, anak-anak mungkin akan bersedih untuk satu tempoh dengan kehilangan ibu bapa mereka. Tetapi mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dari sudut pendidikan dan juga cara hidup jika anda telah berlindung dan menyediakan peruntukan kewangan kepada waris untuk menjaga anak-anak anda.

Tetapi jika tiada….bayangkan bagaimana kehidupan mereka akan datang? Bertindaklah hari ini…jangan tangguh lagi..

11.09.06

Sedutan Artikel..Soal Jawab Agama.

Posted in Artikal dan isu semasa at 9:14 am by suhaila

Insurans sangat penting dan bagus, kerana itu lah asasnya di praktiskan pada zaman nabi.Namum begitu, persoalannya apakah perlaksanaanya mengikut landasan Syara’?

Apakah unsur judi yang dimaksudkan? Contoh “term life” yang dipraktiskan, syarikat insurans konvensional akan mendapat keuntungan  dan kerugian bergantung pada ajal pemegang polisi. Jika pesertanya meninggal dunia, syarikat akan rugi kerana terpaksa membayar sejumlah yang besar dari wang syarikat kepada waris. Sebaliknya jika peserta sihat sehingga habis tempoh peserta pula tidak mendapat sebarang pulangan. (”burn”)

Konsep JUDI inilah yang tidak dibenarkan oleh syara’. Sebagai Alternatif TAKAFUL diperkenalkan di semua dunia Islam dan berkembang ke negara-negara barat dan Eropah.

Apa bezanya pula dengan Takaful? Bak kata orang nampak serupa tapi tak sama…Kelihatan luaran (jismiah) hasilnya adalah sama iaitu dapat wang ketika musibah dan tidak dapat sejumlah wang yg dikeluarkan jika sihat (kecuali pelan yang ada simpanan). Hakikatnya PERLAKSANAAN KONSEPNYA adalah berbeza.

Konsep Tabarua’at dan Mudharabah dipraktiskan oleh Takaful bagi menghalalkan urusniaga ini.

Konsepnya mudah. Tabarua’at bermakna bersedekah. Mudharabah pula adalah perkongsian untung rugi antara syarikat dan peserta. Apabila anda bergabung berlindung dibawah operator Takaful bermakna anda telah bersetuju untuk berkongsi wang anda dalam satu badan ketika salah seorang terkena musibah. Jika anda lumpuh, semua ahli-ahli takaful akan membantu anda memberikan pampasan dan begitu juga sebaliknya, jika anda sihat anda pula akan bersedekah kepada mereka.Ini bermakna wang pampasan yang anda dapat bukanlah wang syarikat tetapi wang orang ramai.

Dan setiap TUNTUTAN adalah MILIK anda, cuma cepat dan lambat pemprosesan sahaja bergantung pada lengkap atau tidak dokumentasi tuntutan yang diberikan oleh peserta. Bantu membantu inilah dimaksudkan dengan Tabarua’at.

Operator Takaful hanyalah “administrator” yang akan menguruskan wang anda dan melaburkan wang anda ke operator-operator yang halal dan pulangkan keuntungan pelaburan mengikut kadar nisbah yang dipersetujui (80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat sebagai pengendali).Inilah namanya Mudharabah.Jika anda tidak mendapat sebarang pulangan itu bermakna kadar tuntutan adalah melebihi kadar penerimaan Sumbangan. Bermakna anda juga harus berkongsi kerugian.

Contoh biasa tiada mudharabah adalah “medical card” sebab Kumpulan peserta suka masuk hospital bila telah memiliki kad ber unsur “cashless”. :D Jadi tiada unsur judi dan moto kita adalah “Sama berlindung sama beruntung”.

Secara kesimpulannya, dengan menyertai takaful, anda akan dapat 3 dalam satu:

  • Perlindungan
  • Simpanan (jika pelan yang melibatkan simpanan)
  • Amal Jariah (sedekah yang berterusan jika sihat)

Unsur Riba pula akan dibahaskan kemudian…Apa pandangan yang lain?

« Previous entries

Bad Behavior has blocked 82 access attempts in the last 7 days.