04.15.09

Menghitung Jam….dan alihan tugas ditukar tangan…

Posted in Aktiviti Semasa, Pengumuman at 7:41 am by suhaila

Salam semua,

Apa khabar? Lama tidak saya berkongsi sesuatu dengan anda semua. Saya ingin maklumkan kepada semua, bermula hari ini saya akan bercuti selama dua bulan insya Allah. Berkemungkinan besar saya akan bersalin anak sulung kami pada hari khamis ini. Oleh itu, saya memohon kepada semua pelanggan-pelangan saya mahupun sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat sebarang pembayaran, pembaharuan polisi mahupun pertanyaan sila  hubungi bapa saya Hj Amirrudin di talian 012-3732379 atau 013-2067692. Kalau boleh maklumkan anda adalah daripada pelanggan mahupun pembaca saya ye. ;)

Sekadar ingin berkongsi, dalam keadaan sarat di akhir-akhir kandungan ini, alhamdulillah rezeki mencurah-curah.Banyakperniagaan baru masuk sampai tak menang tangan saya ke hulu dan ke hilir. Dari asalnya merancang untuk bercuti awal bulan 4 tertangguh2 sehinggalah ke hari ini. Diimbangi pula dengan panggilan meriah daripada pelanggan-pelanggan ( kecemasan dan ditimpa musibah). Saya kuatkan diri untuk selesaikan semua kesulitan pelanggan-pelanggan walaupun diri ini dirasakan tidak larat untuk menyelesaikannya. Ada ketikanya saya dimarahi kerana melewati tarikh sasaran pelanggan. Alhamdulillah semua dipermudahkan bila adik lelaki saya menemani saya kemana sahaja saya pergi. Oleh itu, hari ini saya membuat keputusan untuk bercuti sepenuhnya dan menyerahkan tugasan peranan wakil takaful ini kepada ayah saya.

Kesimpulan yang saya pelajari didalam bidang kerjaya takaful ini adalah peranan dan cabaran didalam industri kerjaya sebagai wakil takaful adalah sangat tinggi dan harapan pelanggan juga tinggi. Mengimbangi keperluan diri dan keperluan pelanggan. Cuba sebaik mungkin dan berterus terang jika tidak mampu untuk diteruskan dan diserahkan kepada pihak ketiga untuk penerusan khidmat pelanggan. Akhir kalam, saya memohon maaf kepada semua pelanggan saya jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan yang telah saya lakukan samada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Doakan saya selamat melahirkan cahaya mata kami yang pertama pada hari khamis ini. Ameen. Terima Kasih.

wasalam.

Suhaila.

 

 

Leave a Comment

Bad Behavior has blocked 82 access attempts in the last 7 days.